tolong penuhkan tabung saya ni ye..please3.......^_^

Strawberry On Top Of Cupcake

Monday, 30 July 2012

~Puteriku Sayang~






Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

   




BYE2... ^_^

Tuesday, 24 July 2012

AL-KISAH

ASSALAMUALAIKUM

Di bulan puase yang mulia ni, saye nak kongsikan serba sedikit mengenai kisah yang berlaku dalam diri saye..
hehehe....(dalam hati orang yang bace blog ni : APE PULAK LE KISAH DIE NI @$%&^&
)   ^_^



Kisahnye begini, aritu mase mula2 puase, excited sgt pegi solat terawih...bile da hari keempat ni, perasaan malas mule membelenggu diri... Anda bagaimana????? XBOLEH IKUT PERASAAN NI.. ok,, anda semue kene kuatkan diri, walaupun malas tu banyak sgt..... cube tenangkan diri kite n DUSHHHHhhhhhhhhhhh TUMBUK MALAS tu jauh2.......
Gune segala ilmu pertahankan diri yang anda ade tu..
Amacam, agak2 leh tak.??.. ini juga buat renungan kite bersame.. Bulan Ramadhan ni la kite kene kumpul banyak2 amalan yang x dapat kite lakukan di bulan lain.........
ok..itu saje yang dapat dikongsi wat kali ini...

(BUAT PANDUAN DAN RENUNGAN)

Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandungi nilai ibadat.


BERPUASALAH DENGAN SEIKHLAS HATI..


~SALAM RAMADHAN~

Sunday, 22 July 2012

RaMaDhaN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,salam satu malaysia...

Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, buat muslimin muslimat, marilah kita bersama2 menunaikan ibadah2 yang menambahkan lagi keharmonian Ramadhan..
Antaranya seperti:

-Solat Terawikh ( bukan hanya malam pertama ramadhan je tau..hihihi )
-Membaca Al Quran ( sikit2 pon xpe, janji kita mempunyai semangat yang kental dan bersungguh2 membaca ayat suci ini )
-Bersedekah ( wang ringgit, barang-barang atau pun yang paling popular, lauk pauk )
-Ziarah saudara mara ( belum raya pon dah boleh dah ziarah menziarahi, berbuka bersama2 demi mengeratkan silaturrahim)
-Tolong menolong ( Contoh, gotong royong kenduri di masjid,  tolong mak cat rumah, ^_^, macam2 lagilah yang berupa pertolongan )
-Beli baju raya ( Oooopsss, ni tak termasuk ye..hehehehe ) sekadar sampingan ..PUASA DULU, JANGAN SIBOKKK RAYEE JE) =p   -peringatan untuk tuan punye badan jugek.......-



BYE2...(MAAF ENTRI TAKBERPHOTO)
assalamualaikum..SALAM RAMADHAN..

Friday, 13 July 2012

Assalamualaikum..hello my friends and followers..rasenye dah lame kite tidak bersua...
Insyaallah, lepas ni sayer akan selalu update..
keep in touch ya....muaahhhhxxx........


BETOL X.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...